Kami kongsikan kepada anda semua Sup Daging Ala Thai kali ini. Mungkin boleh dijadikan juadah untuk berbuka nanti.

Lebihkan cili dan asam limau tau nanti, Hirup lak panas-panas, Konfem meletops! Saya sertakan resepi dibawah ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Bawang putih 6 hingga 7 ulas ditumbuk lumat.
  • Bawang besar sebiji dibelah 4.
  • Daun limau purut.
  • Cabai Melaka 3 hingga 4 biji.
  • Serai 2 hingga 3 batang diketuk.

Cara membuatnya:

  1. Rebus tulang dengan halia, lengkuas dan sebiji bawang besar belah 4, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Rebus sehingga empuk.
  2. Tumis bawang putih smpai kuning, masukkan bahan-bahan lain. Masak bagi layu daun limau purut pastu letak bahan ni dalam sup yang rebus tadi bagi empuk daging dulu baru letak bahan dibawah ni:
  3. Tomato sebiji belah 4, Asam limau sebiji (ambil air sahaja), Sos ikan 2 hingga 3 sudu. Letak garam dengan ajinomoto. Perasakan.
  4. Akhir sekali letak batang saderi. Renih sehingga masak dan tutup api.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.