Ni saya jual, paling laku, tapi time PKP ni saya tak jual, jadi ramai tanya, saya share resepinya ya. Selamat mencuba. Puding Pisang Bersos Kastard.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Pisang nangka di goreng dengan sedikit Planta.
  • Sos kastard.
  • 1 tin susu cair.
  • 1/2 tin air.
  • 1 biji kuning telur.
  • 2 Sudu besar tepung kastard.
  • 2 Sudu besar gula pasir.
  • Sehelai daun pandan disimpul.

Cara membuatnya:

  1. Masak semua bahan sehingga pekat.
  2. Bila dah suam masukkan bahan tadi ke dalam peti ais.
  3. Letakkan pisang yang digoreng tadi ke dalam piring, tuangkan sos kastard tadi dan taburkan sedikit kismis. Bahan hiasan terpulang pada masing-masing.

Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Linda Zaid. Terima kasih.