Cara untuk membuat menu pelengkap Selera iaitu Terung Bakar Asam Lemak. Syahdu Beb!

Kami kongsikan kepada anda resepi pembuka selera Air Asam Lemak dengan Terung Bakar. Kesedapan dia tak boleh nak digambarkan. Kena rasa sendiri baru tahu.

Resepi kali ini adalah kepunyaan Puan Nurulhuda Radzi. Terima kasih ya.

Bahan utama yang diperlukan adalah 2 biji terung yang telah dibakar dan kulit yang hangus dikopek.

Cara menyediakan dan bahan-bahan lain untuk Air Asam Lemak:

  • Cili besar 3 biji, cili padi 4 biji dan belacan. Kesemua bahan ini perlu ditumbuk kasar ya.
  • Garam dan Gula.
  • 1 biji limau kasturi atau limau nipis sebelah sahaja dan ambil perahan air limaunya.
  • Bawang besar dipotong mayang.
  • Cili padi 9 biji dipotong.
  • Santan 1 kotak kecil atau santan fresh. Saya pakai santan mentah kalau tak suka boleh panaskan sekejap ye.
Baca juga :  Cara dan Resepi Kerabu Sotong Thai yang akan mengecurkan air liur anda. Memang terbaiklah!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Sediakan semua bahan tadi. Kemudian dalam satu bekas masukkan bahan tumbuk dan semua bahan-bahan lain.
  2. Gaulkan kesemuanya sehingga cukup rasa.
  3. Kemudian barulah dimasukkan terung bakar yang telah dibuang kulit yang hangus tadi. Selain terung boleh rebus jantung pisang untuk ditambah bersama.

3 thoughts on “Cara untuk membuat menu pelengkap Selera iaitu Terung Bakar Asam Lemak. Syahdu Beb!

Leave a Reply to Khalijah Rahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.