Resepi Kek Pisang yang pastinya melengkapkan kudapan petang anda!

Resepi Kek Pisang mudah dan sedap, Pisang kaya dengan potassium, sangat baik untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengawal otot. Resepi Kek ini amat simple dan hanya memerlukan 5 langkah mudah.

Bahan – bahan :

  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu kecil baking powder.
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat.
  • 1 cawan gula.
  • 3 biji pisang masak.
  • ½ cawan minyak masak.
  • 2 biji telur.
  • Sedikir esen vanilla.

cara-caranya :

  1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder dan kemudian ketepikan. sementara tu, griskan dulu loyang kek dengan sedikit mentega/ marjerin dan panaskan oven sehingga 180 darjah celcius.
  2. Seterusnya, putar telur + gula sehingga kembang pastu masukkan esen vanilla dan pisang, putar hingga sebati, dan masukkan tepung gandum + soda bikarbonat + baking powder yang telah diayak tadi.
  3. Akhir sekali, barulah masukkan minyak dan pukul hingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang telah digris tadi dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 minit ataupun 1 jam. (cucuk la ngan lidi ke ape ke untuk check masak tak di dalam).
  4. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan kemudian boleh la nak ngap pon!
Baca juga :  Cara untuk membuat Menu Sarapan mudah iaitu Apam Lenggang berserta video lengkap. Cubalah!

selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.