Ada peminat Lontong Kuah Lemak tak? Resepi lengkap ini untuk ada.


Kami kongsikan resepi dan cara untuk membuat lontong oleh Puan Novelis Afieyza Isahakā€Ž. Andai ada yang belum pernah cuba buat, resipi ni hasil gabungan daripada beberapa resipi. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Nasi Himpit – rebus.
  • Bahan kisar : Bawang besar/ bawang putih/serai/lengkuas/halia/buah keras/kunyit hidup/udang kering/ikan bilis.
  • Lobak merah/kacang panjang/tauhu(goreng terlebih dahulu)/udang/pucuk(rendam sekejap)/tahun(suun)-basuh sahaja.
  • Santan sekotak besar/kiub ikan bilis/asam keping/bahan perasa/telur rebus.
  • Sambal tumis ikan bilis/kuah kacang.

Caranya :

  1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masuk air utk kuah. Masukkan lobak merah, kacang panjang dan asam keping. Masak hingga mendidih, masukkan kiub ikan bilis, udang dan tauhu goreng yang dipotong dadu.
  2. Tuang santan dan sayur pucuk serta bahan perasa. Bila mendidih, masukkan tahun (suun) dan tutup api. Boleh tabur hirisan cili besar.
  3. Sediakan mangkuk, masukkan beberapa ketul nasi himpit, tuang kuah kemudian letak sambal tumis dan telur rebus. Dah boleh ngap setelah bismillah
Baca juga :  Cara untuk membuat Sayur Masak Lemak yang sedap lain daripada yang lain. Kena cuba tau!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.