Mood rajin menguli petang ni. Kami kongsikan kepada ada cara untuk membuat bun manis dan roti sisir.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Hadirah. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 11g yis.
  • 1 cawan air suam.
  • 4 cawan tepung gandum.
  • 6 sdb gula.
  • 2sdb susu tepung.
  • 2sdb susu pekat.
  • 2sdb butter/marjerin.
  • 1 biji telur.
  • secubit garam.

Cara untuk membuatnya:

  1. Air suam, susu tepung, gula, yis campur sekali. Kacau dan biarkan 5 minit atau sehingga yis naik.
  2. Tepung gandum, susu pekat, butter, telur, garam gaul sebati. Kemudian masukkan air bancuhan yis tadi dan uli sehingga tak melekat di tangan. Saya uli lebih kurang 20 hingga 25 minit. Kalau ada breadmaker lagi senang.
  3. Biarkan doh mengembang 2 kali ganda dalam keadaan bertutup selama lebih kurang 1 jam.
  4. Dah kembang doh tadi. Tumbuk-tumbuk sikit untuk buang angin. Uli sekejap 2-3 minit.
  5. Buat bentuk bulat-bulat dan susun dalam loyang yang disapu sikit dengan butter.
  6. Biarkan lagi dalam 15 minit bagi doh kembang pastu boleh la sapu telur kat permukaan roti.
  7. Bakar pada suhu 170 darjah selama lebih kurang 20 hingga 25 minit bergantung kepada oven masing-masing.

Selamat mencuba.