Nak tomyam putih anda kaw dan piaw, boleh cuba tips dan resepi ini!


Resepi Tom Yam Putih Ala Thai. Rasanya yang masam manis pedas-pedas manja memang sesuai untuk semua lapisan. Pastinya bertambah-tambah nasi tau. Terima kasih Siti Amimah kerana berkongsi kembali resepi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1/4 ekor ayam dipotong kecil.
  • 3 ekor sotong dipotong bulat.
  • 6 ekor udang besar.
  • 3 batang serai dititik.
  • 2 ulas bawang putih ketuk.
  • ½ bawang besar potong.
  • 6 helai daun limau purut dikoyakkan sedikit.
  • 1 cm lengkuas dihiris.
  • 3 bawang kuning / bawang kuning dibelah 4.
  • 5 biji cili api dititik sedikit.
  • 1 biji tomato belah 4.
  • Carrot sedikit.
  • Cendawan tiram sedikit.
  • Bunga kobis sedikit.
  • Beberapa sudu perahan jus dari 4 biji limau nipis.
  • Garam, gula, serbuk perasa.
Baca juga :  Cara untuk membuat Bihun Goreng Tomyam yang Padu dan menyelerakan.



Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan air 8 cawan, ayam, bawang putih, bawang besar, bawang holland, serai, lengkuas dan cili api ke dalam periuk. Rebus semuanya hingga mendidih.
  2. Setelah ayam masak lebih kurang 5 hingga 7 minit.
  3. Masukkan sotong, udang dan daun limau purut. Selepas itu masukkan semua sayuran.
  4. Setelah mendidih masukkan garam dan serbuk perasa. Sesuaikan rasannya sebelum tutup api.
  5. Tutup api dan masukkan perahan limau. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

2 thoughts on “Nak tomyam putih anda kaw dan piaw, boleh cuba tips dan resepi ini!

Leave a Reply to Rokhiyah Shafie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.