Cara untuk membuat Kuey Teow Goreng Basah yang sangat Padu. Menu yang mudah disediakan tak kira masa.


Bahan simple yang macam ni pun bole buat kuey teow goreng jadi sedap dan mahu menambah. Tak ada udang, sotong, ayam dan aging. Cuma guna sosej saje. Tak ada alasan untuk tidak mahu memasak.

Terima kasih kepada Puan Nurul Ateekah kerana berkongsi resepi mudah ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500 gram kuey teow.
  • Sawi, Taugeh dan daun kucai.
  • Tomato 1 biji di belah 6.
  • Bawang putih 4 ulas di ketuk.
  • Telur 2 biji digoreng hancur.
  • Sosej 4 batang di potong serong.
  • Tauhu 1 ketul di potong dadu.
  • 1 sudu besar cili kisar.
  • 2 sudu besar SOS tomato dan 2 sudu besar SOS cili.
  • 1 sudu besar SOS tiram.
  • 4 atau 5 sudu besar kicap Manis.
  • 1 sudu besar SOS ikan.
  • Serbuk perasa Knorr 1 sudu kecil.
  • ½ cawan air putih.
  • Minyak masak untuk menumis dan Garam jika perlu.
Baca juga :  Cara dan Resepi untuk Membuat Kuey Teow Theng. Sedap dan padu bak hang. Cubalah!

Cara-cara untuk memasak:

  1. Gorengkan secara berasingan sosej, tauhu dan telur. Telur mestilah digoreng hancur ye.
  2. Masukkan minyak masak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan SOS cili, SOS tomato, SOS tiram, SOS ikan, kicap manis dan serbuk perasa bersama air ½ cawan. Masak sehingga semuanya mendidih.
  5. Masukkan kuey teow, sawi, kucai, taugeh, tomato, sosej, telur hancur dan tauhu. Gaul rata hingga sebati baru masukkan kicap lagi sedikit jika mahu.
  6. Kuatkan API dan goreng sehingga masak.
  7. Bila dah puas hati angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.