Mudahnya untuk buat Dimsum Gulung Kulit Popia. Yang pasti sos dia ni memang sedap!

Selalunya isi dada ayam memang jarang laku kat rumah saya. Asalnya nak buat dimsum tapi anak tak suka sebab kukus. Lepas tu saya masukkan isi dimsum gulung dengan kulit popia. Alhamdulillah laku keras bila dah siap masak.

Ni saya share resepi mungkin ramai dah tahu kot. Terima kasih kepada Noor Fatin Hazwani kerana berkongsi resepi ini. Jom cuba!

Bahan-bahan untuk isi dimsum:

  • Isi ayam(dicincang halus).
  • Kobis (dicincang halus).
  • Carrot (dicincang halus).
  • Daun sup / daun bawang (dicincang halus).
  • Sebiji telur ayam.
  • Tepung ubi 1 sudu besar.
  • Minyak bijan 1 sudu.
  • Garam secukupnya.

Kesemua bahan diatas ni di gaulkan bersama sehingga sebati kemudian di gulung dengan kulit popia sedia ada.

Baca juga :  Dimsum Kukus berintikan ayam. Resepi pasti sedap dan enak!

Bahan untuk membuat Sos sedap:

  • Lada besar 10 biji (dicincang).
  • Bawang putih selabu (dicincang).
  • Gula perang @ gula putih setengah cawan.
  • Sedikit garam.
  • Cuka 1 cawan.
  • Sesudu tepung ubi. Bancuh dengan sedikit air. Untuk pekatkan sos.

Cara-cara untuk membuat sos:

Masak atas api serdehana dan jangan lupa rasa untuk balancekan masam manis masin. Siap dah untuk dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.