Cara untuk membuat Asas Doh Pizza. Senang dan cepat untuk anda buat pizza bila-bila masa!

Salam sejahtera semua. Pagi ni kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat asas doh pizza dengan mudah dan cepat. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg tepung gandum (tak perlu tepung roti).
  • 22gm yis kering / 2 peket yis mauripan / 3 sudu yis timbang.
  • 3 sudu makan gula pasir.
  • 450 ml air paip.
  • 200 – 250 gm marjerin.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan bahan kering, tepung gandum, yis dan gula pasir.
  2. Masukkan air sikit sikit dan uli sampai doh sekata.
  3. Masukkan pula marjerin dan uli doh smpai sebati dan licin.
  4. Untuk roti piza tak perlu uli smpai elastik..sbb doh yg elastik akn menghasilkan roti yg sgt lembut.. roti yg sgt lembut kurg sesuai utk dijadikan roti piza kerana bila letak topping yg byk di atas piza akan mnyebabkan roti jadi benyek dan lembik.
  5. Kemudian timbang doh 150- 180gm utk piring saiz 7 @ 8 inci.
  6. Canai doh dh letak dlm piring piza yg disapu myk.
  7. Tolak dgn jari dhujung sisi doh utk menghasilkan border di sekeliling doh.
  8. Tunggu roti kembang sepenuhnya sebelum dibakar pada suhu 250° selama 2-3 minit sahaja.. atau sehingga roti sedikit perang.
  9. Selepas roti masak, keluarkan dr piring piza dan letak diatas jaring utk mngelakkan roti berwap di bahagian bawah.
  10. Tunggu sejuk sebelum dibungkus.
Baca juga :  Cara untuk membuat Roti Arab. Mudah dan enak dicicah bersama rendang. Memang padu!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Usahawan Roti Dan Kek. Terima kasih.

One thought on “Cara untuk membuat Asas Doh Pizza. Senang dan cepat untuk anda buat pizza bila-bila masa!

Leave a Reply to Rafiah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.