Cara mudah untuk membuat Pavlova Cake menggunakan Air Fryer sahaja.

Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Pavlova Cake menggunakan Air Fryer sahaja. Menurut pemilik resepi ini iaitu Puan Norzieana Mior Norahan;

Mama beli Buah Strawberry ni 1 kg 20 Ringgit. Besar-besar dan manis buahnya. Apa lagi, godek-godek le try buat pavlova versi AF. Menjadi dan sedap sangat. Bagi yang nak cuba dipersilakan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 biji putih telur.
  • 1 cawan gula castor.
  • 2 sudu tepung jagung.
  • 1 sudu teh esen vanilla.
  • 1 sudu teh cuka.
  • Whipping Cream Non Diary
  • Buahan seperti strawberry dan kiwi.

Cara membuatnya:

  1. Putarkan putih telur hingga berbuih.
  2. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar lagi.
  3. Masukkan tepung jagung, esen vanilla serta cuka. Putar lagi sehingga bertanduk.
  4. Masukkan adunan kedalam cup kertas dah bakar pada suhu 160 darjah selama 15 minit.
  5. Bila dah siap, kelukarkan dan hiaskan atas pavlova tadi dengan Whipping Cream dan buah-buahan.
Baca juga :  Biasa beli je kan? Apa kata kali ni buat sendiri Brownies Kedut ni sebab mudah je sebenarnya nak buat tau.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.