Cara-cara untuk membuat Rendang Pucuk Ubi. Padu dan Awesome!

Kami nak kongsikan kepada anda cara-cara untuk membuat Rendang Pucuk Ubi. Padu dan Awesome! Menurut pemilik resepi ini iaitu Puan Maria;

Akak tunaikan permintaan sahabat semua. Rendang Pucuk ubi kayu. Ni ambik resepi kat mak mertua orang Rembau. Akak halalkan. Nanti pakat buat tau. Insyaallah sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Pucuk ubi dipotong halus.
  • Daun kunyit 10 helai juga dipotong halus.
  • Serai 6 batang diketuk.
  • Ikan bilis halus. Lagi banyak lagi sedap.
  • Garam dan serbuk Secukup Rasa.
  • Santan daripada 4 biji kelapa.

Bahan-bahan yang perlu dikisar:

  • Cili api segengam.
  • Bawang Besar 6 biji.
  • Kunyit hidup 6 ketul besar.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumiskan bahan kisar di dalam kuali. Kemudian masukkan Serai yang telah diketuk.
  2. Apabila tumisan dan berbau wangi baru masukkan santan. Tunggu sehingga santan mengelegak baru masukkan ikan bilis, pucuk ubi dan daun kunyit yang telah dihiris halus tadi.
  3. Masuk perasa, garamĀ  dan sesuaikan kesemua rasanya bagi seimbang. Kacau sampai betul-betul kering lebih kurang 2 jam lebih.
  4. Siap dan sedia untuk dijamah bersama nasi panas.
Baca juga :  Resepi dan Cara Membuat Rendang Kerang. Puas hati sangat kalau buat sendiri!

Selamat Mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.